Cari Guna Google

10.6.11

Beli Kek Lapis Sarawak Murah Harga Borong di KL


Korang pernah atau suka ke makan Kek Lapis Sarawak ni..??Kalau suka.. Khas untuk korang, entry kali ni nak bercerita pasal kek lapis sarawak yang termashur tu. Siap bagi resepi lagi.. hehe..

Tapi orang Sarawak yang baca entry ni, minta ampun la kalau ada teknik yang tersilap ye...

Sebab nak buat kek lapis sarawak ni makan masa yang lama jugak. Mau 2, 3 jam baru siap woo.. Kek Lapis sarawak ni memang kena buat secara terperinci kalau nak pastikan setiap lapisannya sama saiz, sama tebal, seiya dan sekata.. barulah cantik, menarik dan deboommm...

oklah, kat bawah ni resipi yang di 'google' dari laman web myresipi.com
Boleh la cuba..!!

Resepi Kek Lapis Sarawak

Bahan-bahan ( 8 1/2 x 8 1/2 inci )

  • BAHAN A (dalam kek)
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovelet
  • BAHAN B (dalam kek)
  • 200 gram mentega/butter
  • 3 sudu makan susu pekat
  • BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
  • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
  • 190 gram tepung hong kong
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu makan ovelet
  • 250 gram butter/mentega (cairkan)
  • 50 ml susu cair

Cara-cara

  1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
  2. Pukul Bahan B hingga sebati.
  3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
  5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
  6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
  7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
  8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
  10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
  11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

Tapi bagi yang 'malas', takde masa, takde kebolehan atau memang tak minat nak cuba..heheh.. Tapi... teringin sangat nak makan kek lapis sarawak yang tulen dan sedap, macam gambar2 kat bawah ni:

Da'us ada rakan dari Bumi kenyalang Sarawak nama dia Dayang Nur (bukan Dayang Nur Faizah atau Dayang Saliha ye..) Beliau sedang menjalankan perniagaan kek lapis sarawak. So, kalau berkenan boleh lah buat tempahan sekarang. Dia cadang nak buat ni masa bulan pose nanti, tapi ntah camne dia rasa macam nak start jual dah.. sebab dah tak sabar nak buat.. hehe

Pelbagai jenis perasa yang disediakan untuk pilihan anda:
~ Masim Manis, ~ Watermelon,
~ Strawberry-Choc-Rice, ~ NescoChip,
~ Hor-Lick, ~ Evergreen, ~ Coklat,
~ Cindai, ~ Cheese dan~ Tiga Rasa.

Hubungi saya di 017-3625271 atau
email sfdaus@gmail.com untuk tempahan SEKARANG..!!

Saiz : 8 1/2 inci panjang x 3 1/2 inci lebar x 5 1/2 inci tebal

Harga Promosi : RM 20 /sebiji (kalau beli sebiji)
RM 18 (beli 5 biji ke atas)
RM 16 (10 biji ke atas)


Penghantaran di sekitar Lembah Klang* Percuma!!
(kawasan w.maju, setapak, t.melati, gombak, batu caves, selayang)
Kawasan lembah klang lain dikenakan cas penghantaran RM5-RM10 / trip & di luar lembah klang sila rujuk harga pos malaysia


Kek Lapis ni tahan lama (simpan dalam fridge), tak berkulat atau lapuk, bila sejuk lagi sedap makan.. insya'Allah.

kat bawah ni pulak video tentang Kek Lapis Sarawak yang di 'google' di laman web youtube

20 comments:

  1. sye pun.. sdap tu 3 rasa.. mehla oder.

    ReplyDelete
  2. uppss...sdp tuh mmayung suka...

    ReplyDelete
  3. nak tempah untuk raya nantilah:)
    *hehe pose pon belum dah pikir nak raya*

    ReplyDelete
  4. agak payah jugak nak buatnya kan..beli jelah.heee

    ReplyDelete
  5. tula.. ssh nk wat.. beli je trus cik helena.. hehe.. cik akusukacakapbanyak, stakat ni xde la kek cklat moist tu.. tgk la resipi kt myresipi.com

    ReplyDelete
  6. cik cendana kasih.. area bkt jalil pn sye leh anta kn.. cume ade cas RM5-10 je.. nk oder kabo ye..

    ReplyDelete
  7. yang ni yang lembut gebu2 ke? ada yang byk kaler je tak berapa sedap. huhu

    ReplyDelete
  8. cam susah je nak buat, baik beli cam lg murah he3...suka tengok colour dia cantik...nanti nak order lah

    ReplyDelete
  9. I teror mkn kek Sarawak. Buat, tk reti. He2.

    ReplyDelete
  10. klu teror mkn ape kate oder je trus.. korang yg lain jgn lpe oder nnti.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...