Cari Guna Google
6.4.11
Pendekkan yang panjang itu ......
Jika anda belum mendengar tentang Goo.gl atau Google URL shortener (atau pemendek url Google) dan kesannya pada SEO, di sini ada sedikit infonya. Biasanya para internet marketer akan menggunakan shortener ni untuk memendekkan alamat url blog atau laman web mereka bagi ataupun dgn tujuan untuk memendekkan url affiliate produk yang mereka promosi.
Teknik ini membuat lebih mudah untuk mem'promote' link anda dan maklumat kepada orang lain melalui e-mel termasuk laman media sosial seperti twitter atau facebook kerana pengoptimuman menjadi suatu faktor penting dalam pemasaran viral dan dengan mudah boleh menjadi amat popular dan mempunyai kesan besar pada kadar klik laman web atau blog anda.
Manfaat lain dari Google URL Shortener dan kesan positif pada SEO (yang boleh menaikkan ranking blog anda) adalah URL yang ringkas ini akan menangkap perhatian WebCrawler dengan lebih cepat dan kedudukan laman web anda lebih tinggi dari halaman dengan URL yang sangat panjang atau mengelirukan yang sukar bagi masyarakat untuk memahami.
Dari perspektif link building, Orang kuat Google; Matt Cutts mengatakan bahawa shortener menggunakan 301 (kekal pindah/permanently moved) untuk mengarahkan pelawat ke URL tujuan. Jadi, tidak perlu risau jika menggunakan URL shortener Google kerana ianya tidak akan singgah ke mana2 laman pengiklanan. (301 tu pulak adalah HTTP standard response code untuk redirect page, contoh macam kalau anda pernah pegi satu laman web yang sudah di padam, akan keluar kod 404 not found kan. So ini adalah kod-kod yang enjin carian gunakan kalau nak baca lebih lanjut pasal kod ni boleh search kt google.. hehe :P)
Goo.gl boleh bekerja ke dalam algoritma peringkat Google dan menjadi faktor dalam keputusan carian real-time kerana ianya adalah produk Google sendiri.. so kesimpulannya dah tentu lah crawler google lebih mudah meng'indeks' blog yang menggunakan URL shortener mereka. Tapi hal ini takkan berkekal lama lah, disebabkan setiap enjin carian kadang kala selalu mengubah bagaimana robot crawler mereka meng'indeks' laman web.
Tapi ini cuma sedikit sahaja tips tentang SEO yang mungkin memberi faedah kepada anda di luar sana.. maklumlah blog ini banyak beri info bagaimana nak mengoptimasikan penggunaan Google, so semuanya ada kaitan dengan google la. :D
P/S: tips ini mugkin hanya berguna untuk mereka yang baru atau newbie (kalau dah otai memang lebih banyak lagi cara yang hebat tentang SEO ni..
So kepada sesiapa yang berminat nak but posting dalam blog ini mengenai SEO (Search Engine Optimisation) sila email Da'us di sfdaus@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
google yang memang berguna
ReplyDeletewaaahh..fyza baru tau..macih..good information >.<
ReplyDeletedapat jimat sikit nak tweet dalam twitter kalau short url nih...
ReplyDeletehuhuhu, xpernah terpikir pun nak guna goo.gl... Peja biasa gune bit.ly... pasni kene tukau la plak :D
ReplyDeleteTQ tuan tanah :D