Cari Guna Google

4.4.11

Selalunya mak dan ayah yang berikan nama kita....

Tapi.... Bagaimana pula Pakcik Google dapat nama dia..?? :P

Dimana dan bagaimana jenama terkemuka dapat nama produk mereka...?
Serta... bagaimana anda boleh mendapatkan satu, juga.

Sebuah artikel oleh Stueber Jerry mengatakan.....

Tahukah anda dalam tempoh 3 tahun enjin carian Google telah mengunjurkan keuntungan sebanyak US$160 billion dan kini pengasas bersama Google; Sergey Brin dan Larry Page mampu membeli kereta cool (Tesla roadster elektrik), bergaul dengan teman-teman cool (Al Gore), dan terbang di dalam sebuah jet peribadi benar-benar cool(customize Boeing 767). Hehe.. semuanya cool kan..

Bahkan nama syarikat diorang ni juga 'cool'. Hehe.. Google.. cool la kan.. sampai ramai yang buat singkatan 'Google it'.Tapi jika anda berfikir untuk mendapatkan nama se'cool' Google memerlukan kos yang mahal, ternyata anda salah...

Bahkan diorang berdua tak mengeluarkan satu sen pun untuk menjenamakan nama Google ni.. Sebab kebanyakan jenama terkenal mengeluarkan nama mereka sendiri..


Kisah kelakar terciptanya nama Pakcik Google

Cerita di balik nama Google ini ada sedikit lucu la...

Sebagai budak-budak nerd (skema) atau obses dalam matematik, Sergey dan Larry memutuskan untuk meletakkan nama syarikat yang membawa maksud jumlah nombor yang terrrramatlah besar iaitu "Googol" (cam lucah lak kan) yang mana ianya ialah sejumlah nom
bor iaitu selepas nombor 1 diikuti oleh 100 sifar (paham ke korang). Itu adalah maksud tersirat cerdas untuk menyampaikan jumlah atau bilangan halaman enjin carian yang baru mereka cipta yang boleh mencari dalam sekelip mata sahaja.
Dengan produk yang bagus dan nama yang 'cool' ini, mereka telah pergi mencari pelabur. Salah satu pelabur pertama yang mereka temui sangat menyukai idea dan memutuskan untuk menulis cek serta merta.
Tapi malangnya.. atau pun bertuahnya.. ketika dia menulis cek, beliau telah tertulis di bayar kepada (pay to) 'Google'.

Dan nama tersebut telah melekat...kekal hingga ke hari ini.. Hasilnya, seperti yang mereka katakan, adalah sejarah atau latar belakang terciptanya nama Google..!!

So, kesimpulannya, setiap orang dari kita juga berpotensi mencipta satu produk sendiri yang mempunyai nama yang 'cool' seperti Google, Wii, Youtube, Apple dan lain-lain.


Sedikit tips untuk di kongsi bagi anda yang tengah 'brainstorming' cari idea untuk produk atau syarikat anda:

1. Hasilkan banyak nama untuk di pulih : Sekurang-kurangnya 20 nama cadangan

2. Buatlah yang mudah orang nak ingat: Nama seperti Google, Wii, amatlah mudah diingat, simple je dan yang paling penting unik..!!

3. Buatlah yang bermakna: Mempunyai makna tersendiri dan ada identiti anda atau produk anda.

4. Gunakan sistem penamaan: Setiap orang sebenarnya mempunyai kreativiti untuk memikirkan nama yang unik.. Apa yang 'hilang' adalah bagaimana nak dapat idea tersebut..

link ke artikel ini dalam bahasa inggeris di sini ----> www.brain-donor.com


P/S: Nantikan posting akan datang dari saya, pasal imej di bawah ni....

11 comments:

  1. pakcik google ni
    mmg pemes...
    n sgt kaya...^^

    ReplyDelete
  2. perggh dalam 20 nama... nak cari nama dalam 5 pun susah.. apepun kalau ramai yang sumbang idea pasti lebih senang kan... huhu

    ReplyDelete
  3. oh yeke?? haha..nice..tahniah pakcik google..femes youuuu..;p

    ReplyDelete
  4. Owh ... Senang betul perjalanan mereka menuju kekayaan yeee ... Betul2 murah rezeki mereka ni kaaannn ;)

    ReplyDelete
  5. dorg kaya melana. sampai anak cucu cicit pun. tak luak ler. tahan la berapa generasi. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...