Lagu yang berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah atau Awal Muharam diadakan di negara kita, Malaysia. Layanlah video siap dengan lirik lagu ni. Aku pun tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah lagi lagu ni dah popular.Versi yang ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Al-Ajiba (Akademi Seni Kebangsaan). Lagu ini terkandung dalam koleksi nasyid terbitan JAKIM 2002. Tapi ada yang kata penciptanya Encik Ramli.. pensyarah muzik Maktab Perguruan BATU RAKIT, Kuala Terengganu pada tahun 1987. Korang cuba la 'cari' pakai google toolbar kat atas belog ni ye.. (yang pasti bukan Ramli yg main MU tu ye..)
Jadi, bersempena dengan cuti umum ahad ni, mehla kita sama2 menghayati lagu ni serta makna Awal Muharram atau Maal Hijrah ni, hari yang merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati Penghijrahan NABI MUHAMMAD S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
P.S : Apa pengorbanan / Hijrah korang Tahun Baru Islam ni...?? Adakah?? Share le sikit kt sini... Aku tahun ni ingat nak renti je rokok ni.. bole simpan duit bebanyak sikit.. Pastu aku harap Fakri Saarani ber'hijrah' menjadi adiwira yang lebih hebat untuk Harimau Muda..!!
salam maal hijrah ;)
ReplyDeleteTiap kali dengar nasyid Maal Hijrah nie...teringat penciptanya Tn Hj Ramli, pensyarah saya di MPKTBR K.Tgnu. Semoga mdapat pahala berpanjangan. Aamiin
ReplyDeleteLogo yang tida sesuai dalam Islam yang cangah dengan hijarah
ReplyDeleteTau tak siapa penulis lirik & pencipta lagu Maal Hijrah ni?
ReplyDeleteBerdasarkan Kitab sirah terkenal Ar-Rahiq Al-Makhtum karangan Syeikh Mubarak Furi, hijrah Nabi SAW bersama Abu Bakar berlaku pd bulan Rabiul Awwal.
ReplyDelete