Cari Guna Google

11.4.11

Google Doodle Logo 12/04/11 - Angkasawan Pertama....

Semalam, sekali lagi Google Doodle menampilkan logo berlainan pada search box mereka.. iaitu logo seorang angkasawan di angkasa lepas. Ini sempena ulangtahun ke-50, iaitu pada tanggal 12 April 2011 merupakan tarikh angkasawan Russia, Yuri Gagarin, mengorbit bumi menaiki pesawat ruang angkasa Vostok 1 dan menghabiskan 1 jam, 48 minit hidupnya di angkasa lepas pada 50 tahun yang lepas, sehingga menjadi yang pertama manusia untuk perjalanan ke luar angkasa.

Pesawat ruang angkasa ini direka oleh jurutera roket dan desainer Sergey Korolyov di bawah program ruang angkasa Soviet.

Nota mengatakan bahawa sekitar 2,000 juruterbang tentera Rusia dipilih untuk ujian pertama, 200 berjaya melepasinya, 20 orang terpilih untuk beberapa latihan intensif, sehinggalah Yuri Gagarin, anak seorang tukang kayu berjaya melepasi ujian terakhir. Kalau nak tahu, Gagarin cuma mempunyai ketinggian 1.57 meter (5 ft 2 in) sahaja.

"Bumi adalah biru" adalah kata-kata pertama dari bibir Gagarin saat ia menggambarkan Bumi.

Jadi, itu saja secara ringkasnya. Google telah mengingatkan kita satu lagi sejarah manusia. Terima kasih!
Video perbualan Yuri Gagarin di angkasa lepas



Sibuk2 cerita pasal mat saleh ni, jangan dilupa pula.. negara kita, Malaysia juga telah mencipta sejarah dalam meneroka angkasa lepas ni.. Rasanya semua orang tahu kan angkasawan Malaysia yang pertama iaitu Dato' SMS kan.. tapi ingat lagi ke anda bilakah terjadinya tarikh bersejarah tu....??? Tarikh rakyat Malaysia pertama berada di angkasa lepas...?? hah... che teka.. che teka.. eh silap che google.. che google... heheh..

8 comments:

  1. salam daus, google ni mmg peka pada keadaan...suka gak tgk search box nye..hehe

    ReplyDelete
  2. nice info! =)

    ~lebih suke gune google kalaw nak search pape..senang!

    ReplyDelete
  3. hahaha nice one..ada jugakk org cite mcm ni..stylahhh =)

    ReplyDelete
  4. lepas nie mungkin akan google logo... cari info guna google..hehe

    ReplyDelete
  5. hai. sggh sni jap. wah, ni diorg nk buat filem ke ape ni?

    ReplyDelete
  6. like gugel. sng nk cari pape. carelah u ni ngn gugel...yelah cari info guna gugel..hehe...nice3...mia suke info ni...jom bace reramai!:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...