Cari Guna Google

15.2.11

Google it - Tips Rahsia Telefon pada masa kecemasan.. Betul KE??

Post kali ni bukan pasal Google tapi pasal tips rahsia kegunaan handphone dikala kecemasan. Anda boleh 'google' kat 'Search box' di atas blog ini untuk lihat informasi tambahan, tapi tips2 ni tidak semua menjadi la, ade yang boleh, ade yang tak, & bgantung pd model telefon bimbit anda. Kalau ada tips lain sila kongsi di ruangan komen..


PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

      Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak

      boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda

      lakukan,antaranya : -

      1) NOMBOR KECEMASAN

      Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon

      adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada

      liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba

      dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang

      tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun

      papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

      2) KERETA TERKUNCI

      Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan

      kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai

      cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta

      anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang

      menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda

      hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci

      pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak

      kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta

      pula keluarga atau teman di rumah menekan punat  ' ON '  pada kunci

      pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada

      telefon bimbitnya.Pasti kereta  anda tidak terkunci lagi,malah ia

      boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta

      anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua

      atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting

      juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini

      memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

      3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

      Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah

      kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana

      ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika

      bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan

      anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam

      kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri

      simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci  ' *3370# ' . Telefon

      bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan

      memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50

      peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas

      telefon bimbit anda .

      4) TELEFON KENA CURI

      - Bagaimana jika telefon bimbit anda

      dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan

      nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail  *#06# dan

      15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor

      ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini

      dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda

      boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod

      nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam

      telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa

      kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya

      mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun  ia di

      curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri

      takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya..

2 comments:

  1. dah cuba gune utk kunci kereta... xjadi pun...

    ReplyDelete
  2. ye bro.. mmg xsemuanye mnjadi.. bgntung pd model fon jgak kot.. sye pn ade try.. tp xjd gak untuk remote tu.. sesape lg yg ade try x..? :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...