Cari Guna Google

20.3.22

Awasi 3 Simptom Kudis Buta & 4 Bahan Untuk Merawatnya

Awasi 3 Simptom Kudis Buta & 4 Bahan Untuk Merawatnya

Kudis buta atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Scabies merupakan satu penyakit yang tidak boleh dipandang ringan terutamanya jika ia berlaku kepada kanak-kanak. 

Kudis buta berpunca dari gigitan hama kecil yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei dan ianya mampu untuk berada di bawah kulit dalam tempoh yang lama dan menyebabkan pelbagai penyakit lain yang lebih bahaya.



Berikut ialah Simptom Kudis Buta & 4 Bahan Untuk Merawatnya.

Simptom Kudis Buta #1 : Ruam


Gigitan hama Sarcoptes Scabiei bermula dengan ruam yang berpanjangan terutamanya di bahagian perut, tangan dan kaki. Ruam tersebut akan menyebabkan kegatalan yang tidak keterlaluan. Ini juga dipanggil tahap pertama disebabkan kegatalan tersebut berpunca daripada gigitan sahaja.

Selalunya kegatalan tersebut boleh hilang selepas beberapa hari dengan penggunaan sabun mandi yang kerap dan sedikit losyen badan. Jika anak anda mempunyai ruam di bahagian perut, tangan dan kaki maka jangan pandang ringan mengenainya. 

Ruam tidak kerap muncul pada tubuh kanak-kanak kecuali ianya membawa penyakit. Jika mereka mula mempunyai ruam, sila pastikan tiada hama yang ada di kawasan berkenaan. Jika mempunyai hama, simptom yang lebih akan berlaku

Simptom Kudis Buta #2 : Kegatalan 

Apabila hama melekat pada badan, ianya bukan lagi menjadi ruam tetapi akan menyebabkan kegatalan yang teruk sehingga menyebabkan luka. Peringkat permulaan, hanya akan ada kesan cakaran pada tempat yang gatal namun kelamaan boleh menyebabkan luka. 

Kegatalan akan menyebabkan hama tersebut mereka ke tempat lain pula apabila tangan yang sama menggaru di bahagian lain. Kebanyakan kes kudis buta merebak dengan pantas adalah disebabkan anak-anak menggaru di seluruh badan dan tidak dirawat dengan kadar segera.

Simptom Kudis Buta #3 : Laluan Kutu Scabies

Apabila kutu atau hama Scabies tidak dibuang dengan segera, ianya akan mula tinggal di bawah lapisan kulit. Laluan yang dibuat oleh kutu ini dikenali sebagai terowong scabies yang halus seperti garisan berwarna hitam. Laluan ini selalunya bermula di lipatan anggota badan dan di bahagian celahan seperti selah jari, pelipat kaki dan siku. Apabila anak anda menghadapi kegatalan atau ruam, segera periksa jika terdapat laluan ini di bahagian tersebut. Jika ada, segeralah membuat rawatan awal untuk elakkan ianya merebak lebih banyak.

Bahan Merawat Kudis Buta #1 : Daun Kapal Terbang

Tidak ramai orang tahu bahawa daun kapal terbang yang ada di tepi jalan boleh dijadikan ubat untuk merawat kegatalan kudis buta. Khasiat yang ada dalam daun kapal terbang ialah ianya mampu menghilangkan rasa gatal dan mengubati luka dengan pantas.

Jika anak anda terkena kudis buta, ambil beberapa helai daun kapal terbang dan rendamkannya di dalam air panas beberapa minit. Kemudian gumpalkan dan tekap pada tempat yang gatal.

Bahan Merawat Kudis Buta #2 : Daun Senduduk

Pokok senduduk dikenali dan digunakan oleh orang kampung secara tradisional sejak sekian lama untuk merawat luka. Ambil daun senduduk dan rendamkan di dalam air suam. Boleh gunakan air rendaman tersebut untuk basuh kawasan luka gatal dan gunakan daun senduduk yang sudah lembut untuk diletakkan pada kawasan luka. 

Bukan sekadar menghilangkan kegatalan, daun senduduk juga boleh menghilangkan parut dengan lebih cepat.

Bahan Merawat Kudis Buta #3 : Minyak Cengkih

Minyak cengkih terbukti secara klinikal dapat membunuh kutu scabies yang tinggal di dalam kulit dengan efektif. Pada tahun 2010, kajian tersebut mendapati minyak cengkih mampu membunuh kutu yang ada di luar kulit dan juga dapat menghentikan kegatalan daripada merebak ke seluruh badan.

Gunakan sedikit minyak cengkih dan sapukan sahaja di bahagian yang gatal dan luka. Namun penggunaan minyak cengkih perlu mendapat saranan daripada doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan kesan sampingan kepada bayi dan kanak-kanak.

Bahan Merawat Kudis Buta #4 : Sabun Dermatis

Sabun dermatis sangat berkesan untuk membunuh kutu scabies dan merawat luka dengan lebih pantas. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi seperti daun kapal terbang, daun senduduk, glycerin sawit dan essential oil.

Sabun Dermatis sangat mudah untuk digunakan. Hanya perlu sabun di kawasan yang gatal dan bilas semula dengan air bersih setiap hari. 

Testimoni menunjukkan pengguna dermatis berjaya mengubati penyakit kudis buta yang kritikal dalam masa 2 hingga 3 hari penggunaan sahaja. Ianya sangat efektif. 

Jika anda ingin mendapatkan Sabun Dermatis bagi menghilangkan dan mengubati penyakit kudis buta pada anak anda, anda boleh dapatkannya di sini https://caya.la/Dermatis


Kesimpulan

Jangan anggap gatal dan ruam itu sebagai perkara biasa. Jika anda lambat bertindak, ianya boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dan kritikal kepada anak anda. Sebelum ianya melarat dan membahayakan nyawa, segeralah membuat rawatan sama ada secara tradisional atau terus berjumpa doktor.

Pastikan anda juga mempunyai Sabun Dermatis di rumah untuk persiapan. Andai satu masa nanti berlaku kudis buta kepada anak atau diri anda sendiri, anda boleh merawatnya dengan segera sebelum ianya merebak kepada orang lain dalam rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...