Cari Guna Google

7.8.12

Malaysia Rangkul Pingat Emas Pertama Olimpik London 2012! - Tapi Bukan Chong Wei!

Malaysia Rangkul Pingat Emas Pertama Olimpik London 2012!
Disebabkan kekecewaan melampau kerana Dato' Lee Chong Wei gagal menggondol pingat emas pertama negara di temasya olimpik.. Juga bukan dari the pocket rocket man, Saudara AzizulHasni Awang dari Lumba Basikal Trek! Tetapi..aku telah beralih ke sukan olahraga iaitu Lari Berpagar 110m. Nak masuk 100m pecut, Usain Bolt terlalu hebat sangat, lagipun tiada cabaran, sebab lari 'straight je kan. Ada pagar baru boleh mengimbau zaman melompat pagar di zaman persekolahan dulu.. Heheh.

Rekod dunia acara 110m berpagar yang di pegang oleh Dayron Robles dari Cuba yang berkongsi rekod ini dengan atlet China, Liu Xiang adalah 12.87 saat telah lebur di tangan anak Malaysia!

Rekod ini berjaya aku pecahkan tepat pukul 10.20pm selepas selesai Sunat Terawih, dengan  catatan 11.10 saat, sekaligus menggondol pingat emas pertama Malaysia di Olimpik!

Hehe.. bagi anda yang berkira2 mencabar atau mahu mengakhiri rekod ini, silalah ke google.com.my. Di sana nanti anda akan dapat menyertai acara ini tanpa segan silu!

* Sedikit info, maklumlah nama blog ni pun cari guna google, so sedikit info tentang google di sini- jika anda membuat carian di google 10 hari kebelakangan ini anda akan dapat lihat google doodle telah kembali mewarnai Sukan Olimpik 2012!

Macam-macam acara diletakkan sebagai pengganti imej google search toolbar. Hari ni imej yg dipaparkan adalah acara 110m hurdle atau lari berpagar, yang mana anda boleh try 'main' sedikit game terutama untuk anda yang rasa bosan.. (Maaf dipinta kerana tajuk post ini amatlah menerujakan anda semua!)

So try lah kalau mahu! Bagi yang tak mahu lak & bagi mereka yang tak minat olahraga, tapi minat mendalam yang tak terhingga dalam sukan badminton & berhasrat menjadikan diri anda mahupun anak2 anda atau anak murid anda menggantikan Lee Chong Wei di dalam sukan olimpik Brazil 2016, silalah menjamu selera dengan promosi khas Ramadhan untuk peminat Badminton seantero Malaysia. Moga dengan promosi ini membantu anda berlatih badminton bersungguh2 ye! - Sila Klik di sini wahai peminat Badminton Malaysia --> www.BuluTangkis.com.my


Walaupun masih ada segilintir yang mengkritik, akan tetapi Lee Chong Wei tetap our HERO!

Salam Ramadhan dari saya , Syed Al- Firdaus & penaja SNS United Enterprise!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...