Cari Guna Google

29.9.11

Apakah QR Code Dan Bagaimana Nak Guna?

Pernah ke korang mendengar istilah QR Code ? Atau pernah tak korang bertemu dengan imej macam di bawah? Masa kali pertama Da'us jumpe kod ni dalam suratkhabar KOSMO, ingatkan KOSMO salah print.. :P



Mesti ramai yang kurang paham apa yang terkandung dalam kod ini atau apakah fungsi sebenarnya..


Walaupun imej ni agak asing bagi kita (atau saya secara tepatnya) Akan tetapi QR Code sendiri bukanlah barang baru, inovasi ini ditemukan oleh Denso-Wave, sebuah perusahaan Jepun yang diperkenalkan pada tahun 1994. QR Code sendiri merupakan singkatan dari "Quick Response Code" di mana kod-kod ini mampu menterjemahkan secara pantas hanya dengan menggunakan barcode scanner atau telefon pintar kepunyaan korang semua..

Manfaatnya kita boleh membaca terus isi yang terkandung dalam code tersebut secara cepat. QR Code ini biasa digunakan untuk promosi, menyimpan alamat premis / Blog, menyimpan Tulisan, menyimpan nombor telefon dan menyimpan SMS dari seseorang.


Kod QR memiliki kapasiti tinggi dalam data 'pengkodan', yaitu mampu menyimpan semua jenis data, seperti data numerik, data alphabetis, kanji, kana, hiragana, simbol dan kode biner. Secara spesifik, kod QR mampu menyimpan data jenis numerik sehingga 7.089 karakter, data alphanumerik ssehingga 4.296 karakter, kode binari sehingga 2.844 byte, dan huruf kanji sehingga 1.817 karakter. Tidak hanya itu kod QR juga tahan terhadap kerosakan, sebab kod ini mampu memperbaiki kesalahan hingga 30%. Walaupun sebahagian simbol kod QR kotor ataupun rusak, data tetap dapat disimpan dan di baca. Wah..hebat kan..?

Di bawah ialah aplikasi QR Code reader:


Jika anda menggunakan KAYWA Reader, versi telefon bimbit yang telah disokong adalah sebagai berikut :


Motorola


KRZR K3, RAZR 2 V9, RAZR V3XX, V6 RAZR MAXX, W395


Nokia


5300, 5320 XpressMus, 5500, 5700 XpressMus, 5800 XpressMus, 6110 Navigator, 6120 Classic, 6124, 6210 Navigator, 6220 Classic, 6233, 6280, 6288, 6290, 6300, 7610 Supernova, E51, E61i, E63, E65, E66, E70, E71, E90, N71, N73, N76, N78, N79, N80, N81, N82, N85, N91, N93, N93i, N95, N96, N97


Samsung


Player Star, S7330, U900


Sony Ericsson


C510, C702i, C901, C902, C905, F305, G502, G705u, K320i, K530i, K550i, K610i, K660i, K700i, K750i, K770i, K800i, K810i, K850i, S302, S500i, T650i, T700, T707, V630i, V640i, W200i, W550i, W580i, W610i, W660i, W705, W715, W760i, W810i, W850i, W880i, W890i, W900i, W902, W910i, W980, Z550i, Z610i, Z710i, Z770i


Bila dah ada readernya korang hanya perlu scan kod QR menggunakan camera phone korang macam scan barcode kat shopping complex tu je..

Bagi korang yang ada i-phone atau blackberry boleh scan terus atau perlu install applikasi telefon bimbit korang dulu.. Tapi bagi Handphone otai macam Da'us dengan hanya menggunakan Nokia E66 pun dah boleh scan.. asalkan phone korang ada barcode scanner..!!


So, kalau ada cuba la try scan imej QR code korang kat atas ni...haha.. ada bran..?? Pastu jangan lupa kasi letak komen kat bawah apa yang korang dapat lepas scan kod ni... Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...