Cari Guna Google

22.3.11

Takut nak gi amik Keputusan SPM Esok?? Semak pakai SMS je..

Rasenye ramai yang dah sedia maklum yang keputusan SPM 2010 bakal di umumkan esok.. iaitu Rabu, 23 Mac 2011..!!

Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pulak akan diadakan pada 9 pagi esok di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Buat kali pertama juga, semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga diperkenalkan bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing.

Tapi bagi yang gerun nak pegi amik result atau yang dah tak sabar2 nak tgk result, korang boleh semak pakai sms je.. Caranye di bawah ni:

Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama.

beliamuda: Jangan lepaskan peluang untuk semak keputusan dengan SMS. Mungkinkah ini sebagai pembuka jalan kepada semakan keputusan SPM secara online?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...