Cari Guna Google

25.3.11

Sambutan Earth Hour 2011 Malaysia - Hari Selamatkan Bumi

Rasanye ramai yang dah tahu pasal earth-hour atau 'Hari Bumi' yang kebiasaannya disambut pada hari Sabtu terakhir di bulan Mac. So, esok bersamaan 26 Mac 2011 merupakan hari sabtu terakhir di bulan Mac.

Earth Hour 2011 Malaysia | Sambutan Earth Hour Di Malaysia - Earth Hour merupakan kempen bermotifkan selamatkan bumi yang dianjurkan oleh WWF juga dikenali sebagai World Wildlife Fund.

Ianya bermula di Australia pada tahun 2004, apabila World Wildlife Fund (WWF) Australia mula mencari kaedah bagi menyedarkan manusia tentang perubahan climate di dunia.. Idea ini tercetus pada 2005 dan WWF Australia bersama Leo Burnett mula memikirkan bagaimana untuk membuat penjimatan secara lebih besar.. dan.. terhasillah idea untuk mengadakan Earth Hour di seluruh pelusuk dunia hingga ke Eiffel Tower, Twin Tower dan ribuan mercu tanda setiap negara juga menyertainya. Jutaan penduduk dunia juga menyokongnya.

Antara mercu tanda di Malaysia yang terlibat adalah Putra World Trade Centre (PWTC), Petronas Twin Towers, Suria KLCC shopping mall, petrol stations (tak semua la), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM), National Planetarium, Stesen Sentral Kuala Lumpur, Malaysia Airports, Tune Hotels, Kuala Lumpur Tower dan Sunway Pyramid shopping mall telah menyokong program Earth Hour ini. Hot FM pun tidak akan ke udara selam sejam dari 8.30pm - 9.30pm.

Gambar bawah di ambil pada tahun lepas ketika Earth-Hour 2010 di KLCC:


Eiffel Tower, Twin Tower
dan ribuan mercu tanda setiap negara juga menyertainya. Jutaan penduduk dunia juga menyokongnya.


So, mari bersama-sama padam lampu anda selama 1 jam pada esok hari dari pukul 8.30 malan hingga 9.30 malam untuk menghayati tentang perubahan iklim yang amat ketara berlaku pada bumi sekarang ni terutamanya selepas Tsunami yang melanda Jepun.

Hanya 60 minit bagi memelihara dunia kita......!!!


6 comments:

  1. nak tambah info, sydney harbour bridge and sydney opera house adalah first landmark yang akan start dulu. dan barulah diikuti dgn landmark lain di dunia. peace!

    ReplyDelete
  2. malam ni kena charge lappy ni...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Peja pun join gak... abis bergelap satu rumah :D

    ReplyDelete
  4. Saya terlepas masa...huhu...tp qada balik pastu...huhu..tetap tak sama....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...