Cari Guna Google

14.3.11

DESTINASI ANDA SELEPAS SPM 2010...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya, hari ini saya ingin berkongsikan satu topik, iaitu.. “Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM 2010”?
Selepas SPM tahun 1999 (masa tu pakai agregat lagi), saya hilang arah dan rambang mata nak pilih sambung pengajian di mana dan apakah "cita-cita" dan impian saya sebenarnya.. Saya jurusan sains, bersekolah di MRSM, tak minat akaun (mak suruh jadi akauntan).. tapi tak minat biologi (kakak suruh jadi doktor).. cita-cita masa kecil jadi arkitek.. tapi latar belakang keluarga dari bapa, kakak, abang ipar semua elertrikal (mereka semua warga kerja TNB/LLN).. Family kata kalau semua tak minat, jadi je engineer ape2 pun..

Nak amik elektrikal tak minat, nak amik mekanikal rase cam susah.. nak IT tak minat jugak.. (mase tu ingatkan IT tak boleh cari makan) last-last amik civil (kejuruteraan awam) sebab rase cam kerjaya yang glamer kot.. :P

Dipendekkan cerita alih2 masuk uitm.. jadila anak MARA lagi... :P
Saya yang memang takde latar belakang teknikal (sbb jurusan sains tulen) pada mulanya agak sukar juga nak sesuaikan diri.. Ramai rakan sekelas pula dari sekolah teknik/vokasional jadi mereka dah ada asas.. Tapi alhamdullilah.. habis gak study.. cume result CGPA cukup-cukup makan..
Baiklah.. itu cerita saya, sebenarnya point yang saya nak sampaikan di sini.. ramai antara kita yang sebenarnya selepas SPM tak tahu atau tak nak ambil tahu ape sebenarnya bidang yang sesuai dengan kita, yang ada "market", yang menjamin masa depan, yang betul2 diminati, yang kurang saingan, yang boleh bagi gaji besar bila dah grad nanti.. jadi, kepada adik-adik atau ibubapa yang nak merancang masa depan anak mereka di sini ada tips-tips dan panduan bagaimana menentukan masa depan selepas SPM keluar pada 23 Mac nanti..!!

Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?

Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.

DESTINASI ANDA SELEPAS SPM 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...