Cari Guna Google

12.3.11

Chong Wei ke Separuh Akhir All England 2011

DATUK LEE CHONG WEI hanya memerlukan 30 minit untuk membenam cabaran Bonsana Poonsana dari Thailand pada peringkat suku akhir All England 2011 malam tadi.
Chong Wei, yang juga juara bertahan All england, menang 21-15, 21-7 dan layak ke separuh akhir untuk bertemu Chen Long yang menewaskan Peter Gade dalam pertandingan suku akhir yang lain.


Satu lagi peringkat separuh akhir bakal menemukan musuh utama Chong Wei iaitu Lin Dan dengan pemain bukan pilihan dari Germany, Marc Wiebler. Sekiranya Chong Wei dan Lin Dan melepasi peringkat separuh akhir, mereka bakal berhitung di pentas akhir pada 13 mac ini.




Pasangan beregu nombor satu negara, Khoo Kien Kiat dan Tan Boon Heong juga menempah tempat ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia, Markus Kido/Hendra Setiawan, 21-19, 23-25 dan 21-11.

Malangnya satu lagi pasangan Malaysia, Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How, gagal ke separuh akhir selepas tewas kepada Mathias Boge/Carsten Mogensen dari Denmark 21-19, 21-18 dalam satu lagi pertembungan sengit.

nang it!!

1 comment:

  1. Zakry dengan Thien How tu memang tak berapa sangat.. Tapi takpe, nanti2 dorang pasti akan hebat jugak.. Pagi tadi ade tengok Koo Khien Kiat dengan Tan Boon Heong ni main.. Huhh! Memang best.. Sampai 3 set tu..



    Entry Terbaru : Cerekarama : Berkalung Noda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...