Cari Guna Google

2.1.11

Kelas Cari Guna Google


Bagi memantapkan lagi pemahaman anda tentang cara-cara nak buat carian menggunakan enjin carian Google, pihak kami menyediakan kelas tutorial cara-cara penggunaan enjin carian Google dan tips-tips mengoptimumkan pengunaan Google serta aplikasinya. Ini juga membolehkan mereka yang mungkin 'kurang paham' kalau baca ebook atau ingin mempelajari secara lebih praktikal. Insya'Allah selepas mengikuti tutorial ini, anda pasti menjadi lebih mahir menggunakan aplikasi Google. Komputer disediakan, berhawa dingin, selesa, kerusi empuk, skrin PC lebar serta makanan & minuman ringan disediakan PERCUMA!!

Kebiasaannya, untuk satu sesi hanya 8-10 orang sahaja. Ini bagi memastikan kami dapat fokus kepada setiap orang agar semuanya mendapat tunjuk ajar secukupnya. Kalau ramai, nanti ada yang tercicir pulak kan.

Sesi ini terbuka kepada semua golongan tak kira tua atau muda, samada anda kanak-kanak, pelajar, sedang tunggu keputusan SPM, pelajar IPT, surirumah, peniaga online, newbie, pesara atau siapa pun anda, anda dialu-alukan untuk mendaftar.


Pendek kata, ianya terbuka kepada setiap rakyat Malaysia yang mempunyai masalah seperti ini:

- Tidak tahu bagaimana nak buat carian yang tepat / search guna Google dengan mengoptimumkan pengguanaannya

- Tidak tahu buat blog sendiri

- Tidak tahu bagaimana mendapat jualan di Mudah.my dengan pantas (kalau produk anda 'hangat' insya'Allah anda boleh menerima panggilan pertama hanya selepas sejam iklan anda di siarkan)

- Tidak tahu bagaimana menjadikan Gmail (google mail) sebagai "mini-autoresponder" email anda & sebagai mempromosikan bisnes anda

- Ingin membuat video slide dan upload di youtube

- Ingin mendapatkan segala informasi seperti cuaca, masa di seluruh dunia, waktu tayangan wayang di tempat anda, fail-fail mp3, arah Qiblat di tempat anda dan banyak lagi..

- Pekerja atau pelajar yang mempunyai masalah mendapatkan informasi sebagai rujukan

- Serta banyak lagi masalah berkaitan pencarian informasi secara online


Yuran Kelas amatlah berpatutan. (Harga Promosi)

Setiap sesi berlangsung selama 2 jam & setiap sesi juga anda akan dibekalkan dengan makan & minuman ringan. Harga satu sesi untuk seorang adalah seperti di bawah:


~ Kelas + CD Asas Cari Guna Google (RM 46) Harga diskaun : RM 25

~ Kelas + Buku Panduan Cari Guna Google saiz A5 (RM 58) Harga diskaun : RM 28

~ Kelas + Buku Panduan Cari Guna Google saiz A4 (RM 67) Harga diskaun : RM 32

* Tetapi harga di atas cuma harga promosi sahaja. Harga akan di naikkan kembali kepada harga asal bermula Mac 2011.


Profil Tenaga Pengajar :


Syed Al- Firdaus




~ 29 tahun

~ Diploma Kejuruteraan

~ Berpengalaman memberi public speaking & presentation

~ Berpengalaman 5 tahun dalam penggunaan internet seperti enjin carian



Nur Suhailayani


~ 27 tahun

~ Ijazah Sarjana Muda dalam IT

~ Berpengalaman 3 tahun dan berkhidmat sebagai Pensyarah IT di UNIKOP





Mohamad Ehsan

~ 25 tahun

~ Diploma Perakaunan

~ Berpengalaman 2 tahun dalam bidang pembelajaran


Jadual setiap sesi adalah seperti berikut & diadakan hampir setiap minggu (mengikut tempahan):

Sabtu : 12pm-2pm, 2.30pm-4.30pm & 5.30pm-7.30pm, 8pm-10pm

Ahad : 12pm-2pm, 2.30pm-4.30pm & 5.30pm-7.30pm, 8pm-10pm


Sila membuat tempahan awal kerana setiap sesi terhad kepada maksimum 8-10 orang sahaja. Untuk membuat tempahan sila klik link di bawah dan isikan borang yang dilampirkan.


Borang Tempahan Sesi Tutorial Cari Guna Google


Bukan itu sahaja, anda juga akan diberikan support.. anda boleh email kami bila-bila masa selepas kelas sekiranya anda ada kemusykilan dan kami akan cuba membantu anda melalui email atau anda boleh terus datang ke pusat pembelajaran kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...