Cari Guna Google

26.12.10

Google Other Function (Fungsi-fungsi lain di Google)


Gambarajah di atas pula menunjukkan fungsi-fungsi tambahan lain di Google yang dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Contoh yang pertama adalah Google sebagai kalkulator;
sekiranya anda ingin menggunakan kalkulator di Google, anda hanya perlu taipkan nombor yang anda ingin kira di dalam kotak carian & tekan butang enter.

Yang penting, anda tahu lambang2 yang digunakan bagi mewakili simbol tambah, tolak, darab & bahagi atau kuasa. Iaitu ; tambah (+), tolak (-), bahagi ( /), darab (*), kuasa (^), peratus (%).

Ini adalah yang asas. Contoh bergambar di bawah;

Pengiraannya dalam tulisan seperti ini ; 5 darab 9 tambah [(10 bahagi 2)kuasa 3] =

atau dalam kod komputernya seperti ini ; 5*9+(10/2)^3=

kalau nak kepastian and boleh cuba kira sendiri atau cube saja di Google dengan pengiraan yang lebih mudah, seperti 67+56 atau sebagainya.


Yang kedua adalah pencarian Buku guna Google;
Anda juga boleh membuat pencarian buku-buku fizikal seperti novel yang dijual di pasaran.
Anda cuma perlu taipkan nama buku atau pengarang dan klik pada butang 'books' di tab sebelah kiri atau pada bahagian di atas kotak carian seperti contoh di bawah ni;



Saya juga akan menunjukkan di Post yang seterusnya bagaimana anda boleh membaca buku atau majalah secara percuma..!! Betul Boleh baca satu buku penuh FREE je..


Baiklah, seterusnya untuk pencarian 'earthquake' atau gempa bumi;
Dengan Google anda dapat melihat lokasi-lokasi kejadian gempa bumi yang direkodkan hampir setiap hari di seluruh dunia.
Contoh bergambar seperti di bawah, apabila anda klik pada link website yang pertama ini, anda akan dapat melihat melalui peta lokasi kejadian gempabumi yang berlaku di seluruh dunia

Seterusnya pula, bagaimana membuat tukaran unit dengan Google;
Sebagai contoh sekiranya anda ingin menukar unit dari sentimeter kepada inci, kilogram kepada tan dan sebagainya. Contohnya;
taipkan dalam kotak carian seperti dalam gambarajah, kalau untuk kilogram pula taipkan contoh; 34 kilogram in tonnes

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...